Masjid ini telah mula dibina pada September 1991 dan siap pada Februari 1994.Ia dinamakan sempena bonda Sultan Terengganu dan juga dikenali dengan nama 'Masjid Terapung'.Ia direkabentuk oleh Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.Senibina masjid ini mempunyai unsur-unsur tamadun Islam dan rekebentuk tempatan.Antara rekabentuk yang paling unik di masjid ini merupakan pintu kawalan air yang dapat mencegah pembanjiran di kawasan masjid.Masjid ini dapat menampung seramai 1,000 orang ahli jemaah.Terdapat beberapa kemudahan disediakan seperti bilik diraja, perpustakaan mini, pejabat imam dan kawasan letak kereta yang dapat menampung lebih 400 buah kenderaan.